Assalamu'alaikum dan salam sejahtera............Selamat datang ke blog Kadet Polis Pontian............Tegas, adil dan berhemah............Integriti amalan kita............25 Mac, Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-205...........Selamat Hari Polis............"Komuniti Sejahtera Komitmen Kami"

Sunday, July 24, 2011

MAJLIS PENTAULIAHAN PANGKAT SARJAN DAN KOPERAL KOR KADET POLIS PONTIAN 2011

Satu majlis pentauliahan pangkat sarjan dan koperal untuk ahli-ahli kadet polis Pontian telah diadakan pada hari Sabtu 23 Julai 2011. Majlis tersebut diadakan di Lapang Sasar PDRM IPK Melaka selepas program latihan dan pertandingan menembak senjata M16.

Majlis yang serba ringkas itu telah disempurnakan oleh ASP Hj. Othman Bin Sulaiman, Pegawai Pengurusan Daerah IPD Pontian. Dalam majlis itu seramai 36 orang ahli kadet polis telah diberi kenaikan pangkat sarjan manakala 108 ahli kadet polis pula telah diberi kenaikan pangkat koperal.

Dalam ucapan penyempurnaan majlis tersebut ASP Hj. Othman Bin Sulaiman mengingatkan kepada ahli-ahli kadet polis yang berpangkat sarjan dan koperal bahawa pangkat yang disandang adalah satu amanah dan tanggungjawab penerima untuk berkhidmat dalam pasukan dengan lebih giat dan bersungguh-sungguh. Tahniah kami ucapkan kepada penerima kenaikan pangkat ini.

Di hujung majlis tersebut ASP KP Hasan Bin Kasmuri selaku Ketua Kor Kadet Polis Pontian telah menyampaikan cenderahati sebagai tanda penghargaan dan terima kasih Kor Kadet Polis Pontian kepada IPD Pontian dan IPK Melaka atas kerjasama dan sokongan untuk menjayakan program latihan dan pertandingan menembak pada tahun 2011. ASP Othman Bin Sulaiman (IPD Pontian) dan Kpl. Aman Bin Ibrahim (Pegawai in-charge Lapang Sasar PDRM IPK Melaka) telah menerima cenderahati-cenderahati tersebut. Terima kasih daun keladi, lain masa kami datang lagi.







Saturday, July 23, 2011

LATIHAN DAN PERTANDINGAN MENEMBAK SENJATA M16

Latihan dan pertandingan menembak senjata M16 telah berjaya dilaksanakan. Seramai 124 ahli kadet polis berpangkat sarjan dan koperal dan 40 orang guru kadet polis Pontian telah menjalani latihan tersebut di Lapang Sasar PDRM, IPK Melaka di Ayer Keroh, Melaka pada hari Sabtu 23 Julai 2011.

Latihan yang diketuai oleh ASP Hj. Othman Bin Sulaiman, Pegawai Pengurusan Daerah IPD Pontian, bermula pada pukul 11.00 pagi dan berakhir pada pukul 4.00 petang. Latihan  tersebut dikendalikan oleh jurulatih-jurulatih dari unit persenjataan dan HEA IPD Pontian.

Pertandingan menembak di kelaskan kepada tiga kategori iaitu kategori lelaki, perempuan dan guru-guru kadet polis. Kesemua peserta ini dibekalkan dengan 20 butir peluru. Keadaan lapang sasar pada hari itu yang panas terik menjadi bertambah panas dengan bunyi dentuman berdas-das tembakan yang dilepaskan oleh peserta dalam 17 detail. Dengan kerjasama yang diberikan oleh semua peserta, latihan itu dapat dijalankan dengan lancar.

Keputusan pertandingan menembak senjata M16 Kor Kadet Polis Pontian tahun 2011 adalah seperti berikut:

Kategori Lelaki:
  • Johan - Muhamad Nur Asraf Bin Mat Saat (SMK Sri Tanjung)
  • Naib Johan - Jamiqulhuda Bin Saifolloh (SMA Bugisiah)
  • Ketiga - Mohd Khairul Asyraf Bin Ahmad Saidi (SMK Dato' Ali Hj. Ahmad)
  • Keempat - Muhamad Syukri Bin Ngatiman (SMK Sri Tanjung)
  • Kelima - Mohd Shukor Bin Nikmat (SMK Sri Perhentian)
Kategori Perempuan:
  • Johan - Nur Syafiqah Binti Zulkifli (SMK Sri Perhentian)
  • Naib Johan - Norafiqah Binti Mohd Amin (SMK Dato' Mohd Yunus Sulaiman)
  • Ketiga - Nur Faizzah Binti Maulad Zamri (SMK Telok Kerang)
  • Keempat - Nur Afiqah Hamizan Binti Norizan (SMK Dato' Ali Hj Ahmad)
  • Kelima - Amiratul Nadhira Binti Mahdi (SMK Sri Tanjung)
Kategori Guru:
  • Johan - En. Mohd Adibadio Zaman (SMK Pekan Nanas)
  • Naib Johan - En. Mohamad Zahiruddin Bin Ahmad (SMK Dato' Ali Hj. Ahmad)
  • Ketiga - Cik. Mushryfah Binti Sahari (SMK Tan Sri Osman Mohd Saat)
  • Keempat - En. Mohd Azuan Bin Salimon (SMA Bugisiah)
  • Kelima - Ust. Norilfairuz Bin Abdullah (SMK Sri Tanjung)
Keseluruhan Individu:
  • Johan - Muhamad Nur Asraf Bin Mat Saat (SMK Sri Tanjung)
  • Naib Johan - Jamiqulhuda Bin Saifolloh (SMA Bugisiah)
  • Ketiga - En. Mohd Adibadio Zaman (SMK Pekan Nanas)
  • Keempat - Mohd Khairul Asyraf Bin Ahmad Saidi (SMK Dato' Ali Hj. Ahmad)
  • Kelima - En. Mohamad Zahiruddin Bin Ahmad (SMK Dato' Ali Hj. Ahmad)
Keseluruhan Sekolah:
  • Johan - SMK Sri Tanjung
  • Naib Johan - SMK Dato' Ali Hj Ahmad
  • Ketiga - SMK Sri Perhentian




















  



Friday, July 22, 2011

INGATAN KEPADA GURU-GURU DAN AHLI-AHLI KADET POLIS YANG AKAN KE IPK MELAKA

Ingatan daripada JPN Johor yang telah membenarkan aktiviti latihan menembak dijalankan. Kami mengingatkan kepada semua guru-guru pengiring yang mengiringi ahli-ahli kadet polis yang akan menjalani latihan menembak senjata M16 terhadap perkara-perkara berikut:
  1. Tiada unsur paksaan menyertai aktiviti tersebut.
  2. Penyertaan tidak mengganggu persekolahan murid.
  3. Segala langkah hendaklah diambil demi keselamatan dan kebajikan peserta.
  4. Kebenaran bertulis daripada ibu/bapa/penjaga hendaklah diperolehi.
Semoga program yang telah dirancang ini akan berjalan dengan baik dan selamat.

Wednesday, July 20, 2011

LATIHAN MUSKETERI SENJATA M16

Kor Kadet Polis Daerah Pontian dalam programnya akan mengadakan latihan dan pertandingan menembak senjata M16 pada hari Sabtu 23 Julai 2011. Tempatnya ialah di IPK Melaka, Ayer Keroh, Melaka. Pada kali ini hanya ahli-ahli kadet polis yang berpangkat sarjan dan koperal sahaja yang akan mengikuti latihan dan pertandingan tersebut.

Sebelum itu pada hari Rabu 20 Julai 2011 (petang tadi) semua peserta yang akan menyertai pertandingan itu menjalani latihan musketeri senjata M16. Latihan ini dijalankan mengikut tiga zon iaitu Zon Kukup, Zon Pekan Nanas dan Zon Benut. Latihan di Zon Kukup dijalankan di SMK Telok Kerang, Zon Pekan Nanas (SMK Dato' Mohd Yunus Sulaiman) dan dan Zon Benut (SMK Benut). Latihan dikendalikan oleh jurulatih amra dan HEA dari IPD Pontian.





Thursday, April 28, 2011

KADET POLIS LELAKI DAN PEREMPUAN MENGUNGGULI PERTANDINGAN KAWAD KAKI BADAN KERAJAAN (GO) DAERAH PONTIAN 2011

Hari ini bertempat di SMK Tan Sri Osman Mohd Saat berlangsungnya pertandingan kawad kaki Badan Kerajaan (GO) dan Badan Bukan Kerajaan (NGO). Seperti biasa bagi GO ia didominasi oleh pasukan Kadet Polis. Kabanyakan sekolah menghantar pasukan Kadet Polis sama ada bagi kategori lelaki atau kategori perempuan.

Pertandingan yang bermula pada pukul 9.00 pagi tamat pada pukul 2.00 petang dalam pancaran cahaya matahari panas terik. Majlis penutup disempurnakan oleh En. Ab Rahim Bin Lamin, Pegawai Pelajaran Daerah Pontian.

Berikut adalah keputusan pertandingan kawad kaki bagi Badan Kerajaan kategori lelaki:
  • Johan - Kadet Polis SMK Sri Tanjung.
  • Naib Johan - PKBM SMK Dato' Penggawa Barat.
  • Ketiga - Kadet Polis SMK Dato' Mohd Yunus Sulaiman.

Berikut adalah keputusan pertandingan kawad kaki bagi Badan Kerajaan kategori perempuan:
  • Johan - Kadet Polis SMK Dato' Ali Haji Ahmad.
  • Naib Johan - Kadet Polis SMK Tan Sri Osman Mohd Saat.
  • Ketiga - Kadet Bomba SMK Benut. 
Syabas dan tahniah buat Kadet Polis daerah Pontian.

Kadet Polis SMK Sri Tanjung
 
Kadet Polis SMK Dato' Ali Haji Ahmad






Monday, April 25, 2011

LAPORAN AKHBAR UTUSAN MALAYSIA MENGENAI PERHIMPUNAN HARI KOR KADET POLIS KE-41 DAERAH PONTIAN

Utusan Malaysia, 25 April 2011

Kadet Polis kurangkan masalah disiplin

PONTIAN 24 April - Penubuhan Kor Kadet Polis di sekolah-sekolah menengah banyak membantu mengurangkan masalah dalam kalangan pelajar ketika ini.


Othman Sulaiman memeriksa kawalan kehormat sempena
Sambutan Peringatan Kor Kadet Polis di Pontian,
baru-baru ini.

Pemangku Timbalan Ketua Polis Daerah Pontian, Asisten Supritendan Othman Sulaiman berkata, peningkatan jumlah penyertaan pelajar dalam menyertai kor ini juga menunjukkan mereka kini faham akan faedahnya.

Menurut beliau, Kor Kadet Polis mampu mengurangkan masalah disiplin pelajar selain menjadi asas kepada mereka untuk melangkah lebih jauh menyertai Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Dalam usaha mengatasi masalah yang berlaku dalam kalangan pelajar, kerjasama antara pihak PDRM dan sekolah amat penting supaya tiada gejala yang tidak diingini berlaku. Peningkatan penyertaan juga membuktikan hasrat Kementerian Pelajaran bagi menggalakkan lebih ramai pelajar melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum tercapai," katanya ketika berucap merasmikan Sambutan Peringatan Hari Kor Kadet Polis Ke-41 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Teluk Kerang, di sini baru-baru ini.

Pada majlis tersebut, Othman menyampaikan Anugerah Kor Kadet Polis Terbaik tahun 2011 kepada SMK Telok Kerang, SMK Dato' Ali Haji Ahmad, Sekolah Mahaad Pontian dan Sekolah Tinggi Pei Chun.

Beliau turut menyampaikan anugerah kepada tiga pelajar yang dipilih sebagai Ahli Kor Kadet Polis Terbaik di atas penglibatan mereka dalam pasukan tersebut.