Assalamu'alaikum dan salam sejahtera............Selamat datang ke blog Kadet Polis Pontian............Tegas, adil dan berhemah............Integriti amalan kita............25 Mac, Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-205...........Selamat Hari Polis............"Komuniti Sejahtera Komitmen Kami"

Thursday, April 28, 2011

KADET POLIS LELAKI DAN PEREMPUAN MENGUNGGULI PERTANDINGAN KAWAD KAKI BADAN KERAJAAN (GO) DAERAH PONTIAN 2011

Hari ini bertempat di SMK Tan Sri Osman Mohd Saat berlangsungnya pertandingan kawad kaki Badan Kerajaan (GO) dan Badan Bukan Kerajaan (NGO). Seperti biasa bagi GO ia didominasi oleh pasukan Kadet Polis. Kabanyakan sekolah menghantar pasukan Kadet Polis sama ada bagi kategori lelaki atau kategori perempuan.

Pertandingan yang bermula pada pukul 9.00 pagi tamat pada pukul 2.00 petang dalam pancaran cahaya matahari panas terik. Majlis penutup disempurnakan oleh En. Ab Rahim Bin Lamin, Pegawai Pelajaran Daerah Pontian.

Berikut adalah keputusan pertandingan kawad kaki bagi Badan Kerajaan kategori lelaki:
  • Johan - Kadet Polis SMK Sri Tanjung.
  • Naib Johan - PKBM SMK Dato' Penggawa Barat.
  • Ketiga - Kadet Polis SMK Dato' Mohd Yunus Sulaiman.

Berikut adalah keputusan pertandingan kawad kaki bagi Badan Kerajaan kategori perempuan:
  • Johan - Kadet Polis SMK Dato' Ali Haji Ahmad.
  • Naib Johan - Kadet Polis SMK Tan Sri Osman Mohd Saat.
  • Ketiga - Kadet Bomba SMK Benut. 
Syabas dan tahniah buat Kadet Polis daerah Pontian.

Kadet Polis SMK Sri Tanjung
 
Kadet Polis SMK Dato' Ali Haji Ahmad






Monday, April 25, 2011

LAPORAN AKHBAR UTUSAN MALAYSIA MENGENAI PERHIMPUNAN HARI KOR KADET POLIS KE-41 DAERAH PONTIAN

Utusan Malaysia, 25 April 2011

Kadet Polis kurangkan masalah disiplin

PONTIAN 24 April - Penubuhan Kor Kadet Polis di sekolah-sekolah menengah banyak membantu mengurangkan masalah dalam kalangan pelajar ketika ini.


Othman Sulaiman memeriksa kawalan kehormat sempena
Sambutan Peringatan Kor Kadet Polis di Pontian,
baru-baru ini.

Pemangku Timbalan Ketua Polis Daerah Pontian, Asisten Supritendan Othman Sulaiman berkata, peningkatan jumlah penyertaan pelajar dalam menyertai kor ini juga menunjukkan mereka kini faham akan faedahnya.

Menurut beliau, Kor Kadet Polis mampu mengurangkan masalah disiplin pelajar selain menjadi asas kepada mereka untuk melangkah lebih jauh menyertai Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Dalam usaha mengatasi masalah yang berlaku dalam kalangan pelajar, kerjasama antara pihak PDRM dan sekolah amat penting supaya tiada gejala yang tidak diingini berlaku. Peningkatan penyertaan juga membuktikan hasrat Kementerian Pelajaran bagi menggalakkan lebih ramai pelajar melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum tercapai," katanya ketika berucap merasmikan Sambutan Peringatan Hari Kor Kadet Polis Ke-41 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Teluk Kerang, di sini baru-baru ini.

Pada majlis tersebut, Othman menyampaikan Anugerah Kor Kadet Polis Terbaik tahun 2011 kepada SMK Telok Kerang, SMK Dato' Ali Haji Ahmad, Sekolah Mahaad Pontian dan Sekolah Tinggi Pei Chun.

Beliau turut menyampaikan anugerah kepada tiga pelajar yang dipilih sebagai Ahli Kor Kadet Polis Terbaik di atas penglibatan mereka dalam pasukan tersebut.

Friday, April 22, 2011

KASIHANNYA....

Dari Berita Harian, 22 April 2011
 
SEORANG anggota Kor Kadet Polis (KKP) yang menyertai Perbarisan Hari KKP Ke-41
di Astaka, Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur, semalam, diusung pegawai polis
selepas pengsan kerana tidak dapat menahan cuaca panas. Acara itu yang dirasmikan
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah adalah sebahagian daripada program
dianjurkan sempena Hari Polis Ke-204. Lebih 200 anggota KKP dari sekolah menengah
sekitar ibu negara menyertai acara itu. - Foto Aizuddin Saad


Komen kami:  Salah satu kriteria pemilihan ahli kawalan kehormatan semasa perbarisan peringatan hari kor kadet polis ialah seseorang ahli kadet polis itu mestilah betul-betul  sihat dari segi emosi, mental dan fizikal. Berdiri tegak dan diam selama lebih kurang 2 jam memerlukan seseorang itu mempunyai ketahanan fizikal yang kuat.

Thursday, April 21, 2011

TEKS UCAPAN PEGAWAI PELAJARAN DAERAH PONTIAN SEMPENA PERBARISAN PERINGATAN HARI KOR KADET POLIS KE-41 DAERAH PONTIAN TAHUN 2011

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam satu Malaysia.


En. Ab. Rahim Bin Lamin
Pegawai Pelajaran Daerah Pontian
  Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana pada petang ini dengan limpah restuNya kita dapat bersama-sama berhimpun di Perhimpunan Peringatan Kor Kadet Polis yang ke 41 Daerah Pontian Tahun 2011.


Pasukan Kor Kadet Polis Pontian dengan kekuatan 39 platun berdaftar daripada 18 buah sekolah menengah di daerah Pontian adalah sebahagian murid-murid yang menyertai unit beruniform di sekolah. Penubuhannya adalah sebahagian daripada kegiatan kokurikulum yang digalakkan di sekolah. Ia bertujuan untuk memberi peluang kepada murid-murid bergiat dalam pasukan dan mendisiplinkan ahli-ahli melalui pelbagai kegiatan dan aktiviti yang terancang bagi melahirkan generasi yang terbilang. Bilangan pelajar-pelajar sekolah yang masuk menjadi ahli Pasukan Kor kadet Polis semakin meningkat saban tahun.

Dengan perkembangan pendidikan yang semakin menjadi fokus masyarakat, kita harus bersedia dari egenap segi bagi menyediakan murid-murid menjadi insan madani yang terpuji. Untuk itu saya percaya dengan menjadi ahli pasukan kadet polis ini gejala-gejala sosial yang boleh mengganggu arah tujuan pendidikan dapat dielakkan. Gejala kurang sihat ini jika tidak dikekang dan dibendung tentunya boleh merebak dan membesar. Salah satu cara untuk mengekang gejala kurang sihat ini ialah dengan menganggotai mana-mana unit beruniform contohnya dengan masuk menjadi ahli Pasukan Kor Kadet Polis. Dalam pasukan ini anda tentunya dilatih dan digerakkan dengan kegiatan-kegiatan dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian seperti latihan kawad, berkhemah, kerja khidmat masyarakat, berorganisasi dalam pasukan, dan lain-lain. Kegiatan dan aktiviti seperti ini diyakini dapat menjadikan anda seorang ahli Kor Kadet Polis atau individu pelajar yang bertanggungjawab kepada bangsa, agama dan negara.

Para hadirin dan anak-anak Kor Kadet Polis,

Dari atas pentas ini saya melihat betapa segak dan gagah anda semua anak-anak Kor Kadet Polis. Dengan berpakaian uniform penuh sebegini rupa, anda semua seolah-olah anggota Polis Diraja Malaysia. Sesungguhnya saya berbangga dengan apa yang saya lihat pada petang ini. Kecemerlangan pada petang ini adalah lebih bermakna apabila ia selari dengan kecemerlangan akademik anda. Ketajaman tumpuan anda mendengar dan menerima kata perintah daripada pegawai baris, boleh anda gunakan untuk memberi tumpuan jitu kepada guru yang sedang mengajar. Dari[ada disiplin tinggi yang anda tunjukkan semasa anda berbaris pada petang ini, keadaan yang sama juga boleh anda gunakan semasa hadir dan mengikuti pelajaran di sekolah. Pindahkanlah dan gunakanlah kemahiran dan pengalaman anda dalam Pasukan Kor Kadet Polis ini kepada kecemerlangan pencapaian akademik anda. Kami amat berbangga jika anda menguasai kedua-dua bidang ini iaitu kurikulum dan kokurikulum. Saya yakin anda semua boleh melakukannya.

Dalam Pasukan Kor Kadet Polis anda dikatakan sebagai ‘mata dan telinga’ Polis Diraja Malaysia di sekolah. Apa yang boleh anda lakukan ialah kenal pasti rakan-rakan di sekeliling anda yang menghadapi masalah. Jadilah rakan yang membawa kepada kebaikan. Jadilah rakan yang boleh diharapkan oleh rakan yang lain. Bantulah rakan-rakan yang menghadapi masalah. Beritahu dan laporkan kepada guru-guru jika ada rakan-rakan yang bermasalah. Membendung dan mencegah adalah lebih baik daripada mengubati atau menghukum. Sebagai ‘mata dan telinga’ PDRM anda boleh melakukannya di peringkat sekolah.

Para hadirin dan anak-anak Pasukan Kor Kadet Polis,

Harapan saya kepada anak-anak Kor Kadet Polis, teruskan usaha anda untuk menyelogkar dan meneroka alam kerjaya Polis Diraja Malaysia. Tentunya ada sesuatu yang menyeronokan dalam PDRM yang menyebabkan anak-anak Kadet Polis menyertai Pasukan Kor Kadet Polis. Terokalah bidang-bidang dalam ilmu kepolisan untuk digunakan khasnya kepada diri sendiri dan juga masyarakat. Binalah kekuatan jati diri dan jadilah seseorang yang berdisiplin tinggi dalam menjalani kehidupan sehari-hari sebagai murid sekolah melalui aktiviti sihat dalam unit uniform kadet polis ini.

Kepada guru-guru Pasukan Kor Kadet Polis di sekolah, bimbing dan bantulah dengan apa cara sekalipun anak-anak Kor Kadet Polis ini agar penyertaan mereka dalam pasukan ini menjadi lebih bermakna untuk membina kehidupan mereka. Berilah mereka peluang seluas-luasnya untuk menyertai apa jua kegiatan dan aktiviti yang dijalankan.

Harapan saya kepada jurulatih PDRM, latihlah anak-anak Kor Kadet Polis dengan penuh semangat. Pihak sekolah dan Pejabat Pelajaran Daerah Pontian akan senantiasa memberi kerjasama yang sewajarnya. Marilah kita bersama-sama membina generasi yang terbilang dan seimbang dari segenap segi. Saya harap anak-anak Pasukan Kor Kadet Polis adalah lain daripada yang lain dalam unit beruniform dan teruskan keunggulan anda.

Akhir kata, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Ketua Polis Daerah Pontian dan Ibupejabat Polis Daerah Pontian atas kerjasama dan sokongan bagi menjayakan program dan aktiviti yang dijalankan oleh Kor Kadet Polis. Terima kasih saya ucapkan kepada Pengetua SMK Telok Kerang, guru-guru Kor Kadet Polis Daerah Pontian, ibu bapa, dan ahli-ahli Kor Kadet Polis.

Selamat Menyambut Peringatan Hari Kor Kadet Polis Ke-41 Daerah Pontian Tahun 2011.

Sekian, wabillahitaufik walhidayah assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Terima kasih.

En. Ab. Rahim Bin Lamin,
Pegawai Pelajaran Daerah Pontian.
Bertarikh: 20 April 2011

Wednesday, April 20, 2011

SEMPURNALAH SUDAH PERBARISAN PERINGATAN HARI KOR KADET POLIS KE-41 DAERAH PONTIAN TAHUN 2011

Petang tadi sempurnalah Perbarisan Peringatan Hari Kor Kadet Polis Ke-41 Daerah Pontian Tahun 2011. Perbarisan yang berlangsung di Dataran Nilam SMK Telok kerang bermula tepat pada pukul 3.00 petang apabila barisan kawalan kehormatan masuk baris.

Perbarisan  dirasmikan sempurna oleh ASP Haji Othman Bin Sulaiman, Pemangku Timbalan Ketua Polis Daerah Pontian. Hadir bersama dalam perbarisan tersebut ialah En. Ab. Rahim Bin Lamin, Pegawai Pelajaran Daerah Pontian dan En. Abdul Hamid Bin Abu Bakar, Pengetua SMK Telok Kerang merangkap Pengerusi Panitia Kor kadet Polis Pontian.  Turut sama hadir ialah para jemputan iaitu Tuan Pengetua, GPK 1, GPK HEM, GPK Kokurikulum semua sekolah menengah , pegawai-pegawai polis IPD Pontian dan guru-guru Kadet Polis.

Perutusan Ketua Polis Negara telah dibacakan oleh  ASP Haji Othman Bin Sulaiman, Pemangku Timbalan Ketua Polis Daerah Pontian selepas En. Ab. Rahim Bin Lamin, Pegawai Pelajaran Daerah Pontian menyampaikan ucapannya.

Perbarisan diserikan apabila barisan Kawalan Kehormatan yang nampak segak dan gagah mula masuk baris. Barisan Kawalan Kehormatan ini terdiri daripada 33 ahli Kadet Polis dari SMKDAHA, Sekolah Maahad Pontian dan Sekolah Tinggi Pei Chun yang diketuai oleh Sarjan KP Puteri Noratiqa Binti Salimi dan dipimpin oleh Pegawai Baris iaitu Insp. KP Shamsul Sazali Bin Salimin. Di belakang barisan Kawalan Kehormatan ini ialah detachmen yang terdiri daripada platun-platun Kadet Polis semua sekolah di daerah Pontian.

Perbarisan pada petang tadi dalam keadaan yang tenang dan hening dengan suhu keliling yang dingin kerana hujan turun sekali-sekala. Hujan rahmat... 

Berikut ialah penerima Anugerah Kecemerlangan Kor Kadet Polis Tahun 2011:
  1. ASP KP Hasan Bin Kasmuri - Juara Penuh Disiplin Pegawai Kanan Kadet Polis Kontinjen Johor 2011.
  2. Insp. Norlatifah binti Samsuddin - Insp. Pentadbiran IPD Pontian.
  3. Insp. Azrul Shahrizal Bin Abd Rahman - SMKDAHA.
  4. Insp. Anas Bin Abu - Sekolah Maahad Pontian.
  5. Insp. Shamsul Sazali Bin Salimin - SMKTK.
  6. SM 59243 Hasnah Binti Bujang - Cawangan komunikasi IPD Pontian.
  7. Sjn. 83625 Sabari Bin Ahmad - Cawangan HEA IPD Pontian.
  8. Sjn. 108085 Tawi Bin Zakaria - Cawangan Persenjataan IPD Pontian.
  9. Kpl. 95439 Mohd rafi Bin Maarof - Cawangan HEA IPD Pontian.
  10. Sjn. KP Puteri Noratiqa Binti Salimi - SMKDAHA.
  11. Sjn. KP Zahirudin Bin Zaini - Sekolah Maahad Pontian.
  12. Sjn. KP Ang Kian Ann - Sekolah Tinggi Pei Chun.
Ini pula penerima Anugerah sekolah Cemerlang iaitu:
  1. SMK Telok Kerang
  2. SMK dato' Ali haji Ahmad
  3. Sekolah Maahad Pontian
  4. Sekolah Tinggi Pei Chun
AJK pengelola perbarisan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ketua Polis Daerah Pontian, Pegawai Pelajaran Daerah Pontian, Pengetua SMK Telok Kerang, Jurulatih-jurulatih IPD Pontian, guru-guru Kor Kadet Polis daerah Pontian, ahli-ahli Kor Kadet Polis daerah Pontian, dan penyumbang-penyumbang tenaga serta idea dalam menjayakan Sambutan Peringatan Hari Kor Kadet Polis Ke 41 Daerah Pontian Tahun 2011.

Foto-foto pada Perbarisan Peringatan Hari Kor Kadet Polis Ke-41 Daerah Pontian 2011.



























Friday, April 1, 2011

TEACHER SETS A SHINING EXAMPLE

The Star, 29 Mac 2011
By MOHD FARHAAN SHAH

http://thestar.com.my/news/story.asp?sec=southneast&file=/2011/3/29/southneast/8352384



JOHOR BARU: It was double joy for teacher Hassan Kasmuri who was recently selected as best teacher in his school and also as the state’s best police cadet.

Hassan, 49, who teaches Bahasa Malaysia at SMK Teluk Kerang in Pontian, was selected the best cadet in conjunction with the 204th Police Day celebrations.

“I have been a teacher for the past 20-years and joined as a cadet officer about 10-years ago and am an assistant superintendent. Juggling between both these jobs is not an easy task but it is all about time management,” he said, adding that he goes for training on Fridays and Saturdays.


Good job: Jalaluddin (left) handing over a a recognition
letter to a police personnel during the state-level 204th
Police Day celebration at Danga Bay in Johor Baru recently.

He was among 75 police officers and personnel including members of the public who received recognition from Johor deputy police chief Senior Asst Comm I Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.

For marine police Sergeant Major P. Singkaravellu, 49, this was the second time he received the best discipline award for the administrative category.

“I am honoured that I obtained the best discipline award for the second time and I will take this as an inspiration to work harder,” he said adding that he has been with the force for more than 30 years.

Sjn Mejar Singkaravellu said his best memories was when he was chosen to be part of the United Nation (UN) peace corps in Timor Leste three-years ago.

He added it was a difficult time when he was stationed there as riots occurred daily.

“Besides Malaysia, there were 48 other foreign countries present in Timor Leste and I made some good friends,” he said.

Meanwhile SAC I Jalaluddin said the state crime index recorded a drop of 1.8% or 1.55 cases from Jan to March this year.

“The state police also recorded a drop in street crime of 21% or 104 cases in the same period,” he said.