Assalamu'alaikum dan salam sejahtera............Selamat datang ke blog Kadet Polis Pontian............Tegas, adil dan berhemah............Integriti amalan kita............25 Mac, Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-205...........Selamat Hari Polis............"Komuniti Sejahtera Komitmen Kami"

Saturday, August 7, 2010

KARNIVAL NILAI MURNI CEGAH JENAYAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2010

Pada hari Sabtu 7 Ogos 2010 berlangsung Karnival Nilai Murni Cegah Jenayah Peringkat Kebangsaan. Karnival tersebut diadakan di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pagoh, Muar.

Karnival tersebut dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Hadir bersama dalam karnival tersebut ialah Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan; Naib Presiden Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye dan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff.

Dalam ucapannya, Tan sri Muhyiddin Yassin meminta institusi sosial seperti pendidikan, ekonomi, agama dan politik hendaklah bekerjasama memupuk nilai-nilai murni dalam usaha membendung jenayah dan gejala sosial.

Antara aktiviti karnival adalah:

1. Pertunjukan payung terjun oleh komando PDRM
2. Pentomen Bukit Kepung
3. Hot air balloon
4. Persembahan unit berkuda
5. Unit anjing pengesan PDRM
6. Pertunjukan T-Batton
7. Persembahan ghazal
8. Sketsa pencegahan jenayah
9. Pertandingan tarik tali
10. Pameran di gerai-gerai.

Kadet Polis Pontian menghantar seramai 30 orang ahli untuk menghadiri dan turut serta dalam karnival tersebut. Mereka masing-masing 10 orang dari SMK Sri Kukup, SMK Telok Kerang dan SMK Sri Tanjung. Kehadiran ahli-ahli Kadet Polis Pontian diiringi oleh ASP/K Hasan Kasmuri dan Insp./K Siti Aminah Abd. Aziz.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan dan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff.


ASP/K Hasan Kasmuri dan Insp./K Siti Aminah Abd Aziz berpeluang bergambar dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan dan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff.


Ketibaan TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin disambut oleh Tan Sri Musa Hasan dan Datuk Mohd. Mokhtar Mohd Shariff.

Barisan Kawalan Kehormatan PDRM.



TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima tabik hormat daripada pegawai baris.



TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin memeriksa perbarisan Kawalan Kehormatan.



TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin diiringi masuk ke dewan.

Aksi penerjun.



Pondok Polis Bukit Kepong.


Tragedi Bukit Kepong.



Aksi cegah jenayah.

... masih aksi cegah jenayah.

Aksi kereta peronda PDRM.


Persembahan pancaragam PDRM.


Orang ramai di Stadium Mini IKBN.


Bersama Sarjan Mahmood.


Bersama 'Abang Komando'.


Kadet Polis SMK Sri Tanjung.


Kadet Polis SMK Sri Kukup.


Kadet Polis SMK Telok Kerang.


Ahli-ahli Kadet Polis Pontian bersama ASP/K Hasan Kasmuri dan Insp./K Siti Aminah Abd Aziz.

Saturday, July 31, 2010

KDN BERJAYA KURANGKAN KADAR JENAYAH DARIPADA SASARAN

Berita Harian, 18 Mei 2010

Kementerian Dalam Negeri (KDN) berjaya mengurangkan kadar jenayah lebih baik daripada sasaran yang ditetapkan bagi tempoh Januari hingga April tahun ini. Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata dalam tempoh itu Jenayah Indeks menurun sebanyak 15.3 peratus dan kadar Jenayah Jalanan turun sebanyak 38.7 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

"Bagaimanapun, kita telah berjaya mengurangkan kadar jenayah lebih baik daripada sasaran yang ditetapkan," katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan kementerian dan pelancaran logo 1Malaysia KDN di sini, hari ini. Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala; Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop dan Jelaing Mersat; Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Mahmood Adam dan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Hishammuddin berkata, ia menunjukkan kementerian sudah mengenalpasti secara tepat “kawasan panas” jenayah, faktor yang boleh menyebabkan peningkatan jenayah dan menetapkan fokus yang betul melalui lima Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Pengurangan Jenayah dan 55 inisiatif yang dirangka melalui makmal jenayah.

Pada sidang medianya, Hishammuddin berkata, Mesyuarat Jawatankuasa Induk Penambahbaikan Pengurusan dan Pemantauan Warga Asing petang ini akan meneliti laporan akhir pelaksanaan Makmal Pengurusan Warga Asing yang telah berlangsung selama sebulan bermula 23 Mac lalu.

Beliau berkata, penemuan daripada makmal itu akan dibentang pada Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin yang akan dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin Khamis ini.

Sementara itu, Idris berkata, hasil Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk jenayah cemerlang bagi suku pertama dan apa yang polis dan kementerian lakukan dalam suku pertama adalah di luar jangkaan.

"Untuk sepanjang tahun, kita jangkakan indeks jenayah turun sebanyak lima peratus, tetapi dalam suku pertama, kita telah menyaksikan keseluruhan jenayah turun sebanyak 15 peratus. Ini lebih tinggi daripada sasaran sepanjang tahun dan untuk jenayah jalanan, kita sasarkan penurunan sebanyak 20 peratus, tetapi dalam suku pertama kita menyaksikan penurunan sebanyak 39 peratus. Ini adalah penurunan yang luar biasa," katanya.

Beliau berkata, penempatan 14,444 anggota polis, 3,160 Rela dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) di 50 kawasan panas menyebabkan penurunan yang banyak.

"Jadi kita akan bergerak selangkah lagi ke hadapan dengan bukan sahaja menempatkan lebih ramai anggota polis dan pasukan sukarela di jalan-jalan, tetapi juga akan memasang lebih banyak CCTV," katanya.

Idris berkata, kira-kira 500 CCTV akan dipasang menjelang akhir tahun ini di semua kawasan panas.


Sunday, July 18, 2010

UCAPAN SELAMAT BERPISAH KEPADA C/INSP. JOHARI BIN ABDULLAH

Kor Kadet Polis Daerah Pontian kehilangan seorang pegawai yang dedikasi memimpin guru-guru dan ahli-ahli Kadet Polis. Beliau yang dimaksudkan ialah C/Insp. Johari Bin Abdullah, Pegawai Hal Ehwal Awam IPD Pontian. Pada 16 Julai 2010 Tuan Johari berpindah ke IPK Johor di Johor Bahru dengan memegang jawatan sebagai Pegawai Tatatertib Implementasi.

C/Insp. Johari Bin Abdullah yang lebih mesra dengan panggilan Tuan Jo telah memberi peluang kepada ahli-ahli Kadet Polis Pontian menjalani latihan-latihan seperti kawad bersenjata dan latihan menembak senjata M16. Tuan Jo selaku Komandan Perkhemahan juga turut sama-sama berkhemahdi Hutan Rekreasi Sungai Bantang dalam aktiviti Perkhemahan Pentauliahan Pangkat Sarjan dan Koperal Kadet Polis Pontian.

Gaya Tuan Jo yang bersahaja dan mesra memudahkan guru-guru Kadet Polis berurusan dan meminta kerjasama pegawai-pegawai di IPD Pontian. Kami harap di IPK Johor nanti, Tuan Johari dapat memberi komitmen tinggi terhadap tugas dan jawatan yang disandang kepada pasukan PDRM. Kami di sini tentunya tak dapat melupakan segala jasa baik, kerjasama dan bantuan yang diberi oleh Tuan Jo.

Selamat berpisah. Semoga Tuan Jo bahagia bersama keluarga dan kerjaya.


Tuan Johari memantau latihan kawad bersenjata semasa
Hari Kor kadet Polis Daerah Pontian 2010.





Tuan Johari mengetuai siri latihan menembak senjata M16
di Lapang Sasar PDRM, IPK Melaka.









Tuan Johari sebagai Komandan Perkhemahan di Perkhemahan
Pentauliahan Pangkat Sarjan dan Koperal Kor Kadet Polis Pontian
di Hutan Rekreasi Sungai bantang, Segamat, Johor.




Tuesday, June 22, 2010

KEPUTUSAN PERTANDINGAN MENEMBAK KOR KADET POLIS DAERAH PONTIAN TAHUN 2010

Berikut adalah keputusan pertandingan menembak senjata M16 Kor Kadet Polis Daerah Pontian Tahun 2010.

Kategori Kadet Laki-laki
  1. Mohd. Amiru b Mohamad - MRSM (82 mata)
  2. Mohd. Ridzuan b Salman - SMK Parit Betak (78 mata)
  3. Mohd. Rizal b Daud - SMK Benut (78 mata)
  4. Daing Mohd. b Mohd. Muhtri - SMA Maahad (77 mata)
  5. Abd. Aziz b Hashim - SMK Telok Kerang (75 mata)

Kategori Kadet Perempuan

  1. Nurul Fitria bt Mohd Said - SMK Benut (82 mata)
  2. Rozita bt A. Aziz - SMK Sri Perhentian (80 mata)
  3. Siti Nurul Nabila bt Zainal Akmar - MRSM (70 mata)
  4. Siti Amira Shazmi bt Saadon - SMK Dato' Penggawa Barat (70 mata)
  5. Shariffah Noorfarhana bt Syed Idros - SMK Dato' Penggawa Barat (67 mata)

Kategori Guru-guru

  1. En. Adibadio Zaman b Abas - SMK Pekan Nanas (85 mata)
  2. En. Sulaiman b Abdullah - SMA Maahad (83 mata)
  3. En. Norizan b Md. Amin - SMK Tan Sri Osman Saat (76 mata)
  4. Pn. Rosita bt Abdullah - SMK Dato' Penggawa Barat (73 mata)
  5. Cik Siti Normasita bt Abu Hamim - SMK Sri Tanjung (72 mata)

Penembak Terbaik

  1. En. Adibadio Zaman b Abas - SMK Pekan Nanas (85 mata)
  2. En. Sulaiman b Abdullah - SMA Maahad (83 mata)
  3. Mohd. Amiru b Mohamad - MRSM (82 mata)
  4. Nurul Fitria bt Mohd Said - SMK Benut (82 mata)
  5. Rozita bt A. Aziz - SMK Sri Perhentian (80 mata)


Tahniah kami ucapkan kepada penembak-penembak terbaik.

Wednesday, June 9, 2010

PERKHEMAHAN PENTAULIAHAN PANGKAT SARJAN DAN KOPERAL KOR KADET POLIS DAERAH PONTIAN TAHUN 2010

Pada 6 hingga 7 Jun 2010 (Ahad hingga Selasa) Kor Kadet Polis Daerah Pontian telah menjalankan program perkhemahan iaitu Perkhemahan Pentauliahan Pangkat Sarjan dan Koperal. Perkhemahan itu diadakan di Hutan Rekreasi Sungai bantang, Bekok, Segamat, Johor.

Perkhemahan tersebut diketuai oleh C/Insp. Johari Bin Abdullah, Pegawai Hal Ehwal Awam IPD Pontian merangkap Komandan Perkhemahan dengan dibantu oleh ASP/KP Hasan Bin Kasmuri selaku Timbalan Komandan Perkhemahan 1 dan Insp./KP Mohd Nazri b Lajim selaku Timbalan Komandan Perkhemahan 2. Seramai 298 ahli Kadet Polis bersama 39 guru-guru Kadet Polis menyertai perkhemahan tersebut. Seramai 30 orang jurulatih PDRM dari IPD Pontian turut menyertai perkhemahan.

Hanya 4 daripada 6 aktiviti pertandingan perkhemahan dapat dijalankan. Dua aktiviti tidak dapat dijalankan kerana cuaca yang tidak mengizinkan (hujan). Berikut ialah keputusan pertandingan yang dapat dijalankan:

a. Pertandingan nyanyian lagu Kadet Polis
  1. SMA Annur
  2. SMK Sri Kukup
  3. SMK Ayer Bbaloi

b. Pertandingan membuat gajet

  1. SMK Tan Sri Osman Saat
  2. SMK Dato' Penggawa Barat
  3. SMK Parit Betak

c. Pertandingan tarian poco-poco

  1. SMK Tan Sri Osman Saat
  2. SMK Telok Kerang 1
  3. SMA Annur

d. Pertandingan boling kelapa

  1. SMK Telok Kerang 2
  2. SMA Bugisiah
  3. SMK Dato' Penggawa Barat

Keputusan keseluruhan:
  1. SMK Dato' Penggawa Barat
  2. SMK Tan Sri Osman Saat
  3. SMA Annur
  4. SMK Parit Betak
  5. SMK Telok Kerang 1