Assalamu'alaikum dan salam sejahtera............Selamat datang ke blog Kadet Polis Pontian............Tegas, adil dan berhemah............Integriti amalan kita............25 Mac, Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-205...........Selamat Hari Polis............"Komuniti Sejahtera Komitmen Kami"

Thursday, May 27, 2010

MESYUARAT PENGURUSAN KOR KADET POLIS PONTIAN KALI KE-3

Hari ini Khamis 27 Mei 2010, pada pukul 2.30 petang guru-guru Kadet Polis hadir dalam mesyuarat pengurusan kali ke-3. Mesyuarat yang diadakan di Bilik Mesyuarat SMK Dato' Penggawa Barat turut dihadiri oleh Tuan Haji Sahadun Bin Kimin, GPK Kokurikulum SMK Dato' Penggawa Barat dan C/Insp. Johari Bin Abdullah, Pegawai Hal Ehwal Awam IPD Pontian.

Mesyuarat pada kali ini lebih menumpukan kepada taklimat dan perbincangan mengenai Perkhemahan Pentauliahan Pangkat Sarjan dan Koperal. Perkhemahan tersebut telah diputuskan akan dijalankan di Hutan Lipur Sungai Bantang, Bekok, Segamat, Johor dari 6 Jun hingga 8 Jun 2010. Setiap sekolah akan menghantar seramai 18 orang peserta.

Antara perkara-perkara yang dibincangkan ialah:
  1. Setiap sekolah mesti menghantar nama peserta sebelum hari Isnin 31 Mei 2010 untuk tujuan perintah gerakan.
  2. Pengangkutan dan perjalanan ke tempat perkhemahan dan balik.
  3. Keselamatan sebelum, semasa dan selepas perkhemahan.
  4. Khemah peserta.
  5. Keperluan perkhemahan.
  6. Makan dan minum.
  7. Pakaian.
  8. Disiplin peserta.
  9. Aktiviti/pertandingan semasa perkhemahan.
  10. Perasmian perkhemahan.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.30 petang.

Penghargaan dan ucapan terima kasih kami ucapkan kepada Tuan Pengetua SMK Dato' Penggawa Barat atas kesudian memberi ruang dan tempat untuk kami bermesyuarat.


Tuan Haji Sahadun B Kimin berucap dalam mesyuarat
disamping C/Insp. Johari B Abdullah dan ASP/KP Hasan B Kasmuri.

Guru-guru Kadet Polis laki-laki yang hadir dalam mesyuarat.


Barisan guru-guru Kadet Polis wanita.


No comments:

Post a Comment