Sunday, May 9, 2010
KADET POLIS SMK SRI TANJUNG DAN SMK PARIT BETAK MEWAKILI PONTIAN KE PERTANDINGAN KAWAD KAKI PERINGKAT NEGERI
Kadet Polis daerah Pontian akan diwakili oleh SMK Sri Tanjung bagi kadet lelaki dan SMK Parit Betak bagi kadet perempuan. Semoga kedua-dua pasukan kadet polis ini akan berjaya.
SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU - SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU
Pengurus Penyelidikan Yadim
Utusan Malaysia 7 April 2010
SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU
MASYARAKAT dunia menyambut Hari Ibu pada setiap Ahad kedua dalam bulan Mei, setiap tahun. Tahun ini, sambutan Hari Ibu jatuh pada 9 Mei. Ibu adalah wanita yang dimuliakan oleh Allah SWT sebagaimana yang tercatat dalam kitab suci al-Quran.
Berdasarkan sebuah hadis, umat manusia percaya, syurga terletak di bawah telapak kaki ibu. Amat besar dosa derhaka terhadap ibu. Bahkan dikatakan darjat ibu tiga kali ganda dibandingkan ayah dalam hal penghormatan anak kepada kedua orang tuanya.
Seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW dan berkata: Wahai Rasulullah: "Saya ingin berjihad (berjuang) menegakkan agama Allah." Rasulullah bertanya: "Apakah ibumu masih hidup?" Orang itu menjawab, ya. Rasulullah SAW bersabda. "Tetaplah engkau berada dekat di kaki ibumu itu, di sanalah syurga berada." (Riwayat At-Thabrani)
Apa yang sangat membanggakan manusia bahawa Allah SWT telah menceritakan kisah ibu dalam kitab suci al-Quran, dengan cara yang amat menyenangkan sekali. Allah SWT berfirman:
Maksudnya: "Maka Kami kembalikannya (Musa) ke pangkuan ibunya supaya menyenangkan hatinya dan tidak berduka." (Surah al-Qasasb : 13)
Alangkah besarnya rahmat Allah SWT terhadap ibu. Dengan menjadi pengasuh dan menyusukan anak raja (Musa) itu, ibu Musa sekeluarga telah dihormati oleh seluruh penduduk Mesir. Pengorbanan ibu tidak dapat diukur dan dibandingkan dengan apa jua pun. Ia melebihi daripada segala pengorbanan.
Ada satu kisah dan iktibar yang dipetik dari sebuah hadis Riwayat al-Bukhari iaitu kisah Juraij bersama ibunya yang menunjukkan betapa ampuhnya doa seorang ibu yang dekat dengan Allah SWT, doanya dikabulkan segera.
Atas dasar hadis-hadis itulah, umat Islam menyedari bahawa darjat ibu lebih tinggi daripada ayah dalam memperoleh pengabdian anak kepada diri masing-masing. Tidak diragukan bahawa ibu secara alamiah memiliki peranan yang cukup strategik dalam mendidik anak sejak kecil sehinggalah dewasa.
Syariat Sa'i di antara bukit Safa dan Marwah dalam ibadat haji dan umrah adalah memperingati peristiwa yang berlaku kepada Siti Hajar (bonda Nabi Ismail) yang mana Siti Hajar penuh sabar dan tabah mencari air untuk menghilangkan dahaga anaknya. Pengorbanan itu adalah bukti yang nyata bahawa Allah SWT yang Maha Pengasih dan Penyayang telah memberi penghargaan yang abadi kepada golongan ibu dengan disyariatkan peristiwa itu dalam salah satu Rukun Islam yang kelima.
Justeru itu, kita diperintahkan untuk memohon rahmat Ilahi yang tidak bertepi itu kepada kedua ibu bapa kita. Adalah wajar, kita memohon untuk kedua-duanya agar memperoleh lebih banyak daripada apa yang kita peroleh, membalas budi mereka melebihi budi mereka kepada kita. Bukankah kita diperintahkan untuk melakukan ihsan terhadap mereka berdua.
Nyata dan jelas sebabnya mengapa Islam memberi penghormatan itu kepada wanita yang dipanggil ibu. Ia tidak lain kerana kedudukannya yang penting dan peranannya dalam setiap kehidupan manusia adalah amat besar. Wanita itulah yang menjadi sumber alam yang pertama bagi permulaan sesuatu kehidupan manusia setelah mereka keluar dari alam zuriat.
Ibnu Batutta menyatakan seseorang ibu berhak menerima kebaikan daripada anaknya kerana susah payah yang dialaminya sendirian ketika hamil, bersalin dan ketika menyusukannya. Manakala bapa berhak menerima kebaikan daripada anaknya kerana kerjasamanya dengan ibu dalam memberi nafkah dan mendidik anak-anak.
Al-Qurtubi, seorang pakar tafsir menunjukkan bahawa ibu adalah orang yang paling berhak menerima kebaikan yang berupa kasih sayang dan penghormatan daripada anak-anaknya iaitu sebanyak tiga kali ganda jika dibandingkan dengan kebaikan yang berupa kasih sayang dan penghargaan yang berhak diterima oleh seorang bapa daripada anak-anaknya. Al-Qurtubi juga menyatakan, jika berlaku pertembungan keperluan antara bapa dan ibu dalam mendapat khidmat anak-anaknya, maka ibulah yang lebih berhak diutamakan.
Namun begitu, ibu tidak akan dapat menikmati kebaikan, kasih sayang dan penghargaan daripada anaknya, sekiranya dia gagal mendidik dan membimbing anak-anak dengan sempurna mengikut lunas-lunas yang dikehendaki oleh syarak. Menghormati ibu, mentaati, sedia berkhidmat kepadanya, tidak mengingkari perintahnya kecuali pada perkara yang bertentangan dengan syarak, adalah menjadi sebab seseorang itu dapat masuk ke syurga.
Saturday, May 1, 2010
LAGU-LAGU PDRM DAN KADET POLIS
Berkibar Sang Saka Biru
Gagah sentiasa
Pusaka Polis Diraja
Inilah azimat kita
Lakar biru warna mulia
Lambang setia kepada negara
Obor bakti penggerak jiwa
Nusa bangsa dijaga
Sang Saka Biru bendera kita
Berkibar setiap masa
Bersatu semua
Aman jaya Negara
AMALAN KITA
Cepat dan betul cogan kita
Khidmat bakti untuk negara
Pedoman semua
Polis Diraja kita
Adil amanah tugas dilaksana
Sopan mesra sentiasa
Kami usaha untuk semua
Itulah amalan kita
POLIS SEDIA BERKHIDMAT
Polis sedia berkhidmat
Kerna negeri dan rakyat
Hidup berbahagia aman sentosa
Polis sedia berkhidmat
(ulang)
Tanda lekat di lengan
Polis dengan pereman
Tangan bersalaman
Alamat persahabatan
TEGAS ADIL BERHEMAH
Tegas,adil dan berhemah
Ikrar pasukan bermaruah
Sentiasa sepakat mengatur langkah
Pertahan bumi bertuah
Dibawah naungan DiRaja
Lambang kedaulatan nusa dan bangsa
Sumpah setia khidmat untuk negara
Pengaman adil saksama
Berkorban demi pertiwi
Kepada rakyat dicurah bakti
Berjiwa murni berintegriti
Berhemah tinggi
Berkorban demi pertiwi
Kepada rakyat dicurah bakti
Berjiwa murni berintegriti
Berhemah tinggi
Sedia curah bakti
Perwira paksi pertiwi
Tegas,adil dan berhemah
Ikrar pasukan bermaruah
Sentiasa sepakat mengatur langkah
Pertahan bumi bertuah
KADET POLIS
Kamilah pasukan kadet
Pelapis harapan polis
Sentiasa bersedia berkhidmat untuk negara
Kamilah pasukan kadet
Pelapis masa hadapan
Sentiasa bersedia berkhidmat untuk negara
Mesra cepat dan betul
Itulah cogan kata
Dengan disiplin unggul
Menuju puncak jaya
Dengan penuh setia
Dengan penuh rela
Kami menunaikan janji
Dengan penuh setia
Dengan penuh rela
Kami menaburkan bakti suci
Inilah janji, inilah janji
Inilah janji, inilah janji
Untuk negara untuk sejahtera
Inilah bakti, inilah bakti
Inilah janji, inilah janji
Demi gemilang selamanya
Demi gemilang selamanya
IKRAR KADET POLIS
BAHAWA KAMI
SEBAGAI AHLI
PASUKAN KADET POLIS
POLIS DIRAJA MALAYSIA
BERIKRAR
TAAT DAN SETIA
KEPADA RAJA DAN NEGARA
PERLEMBAGAAN DAN UNDANG-UNDANG
KOD ETIKA
SERTA PUCUK PIMPINAN
POLIS DIRAJA MALAYSIA
Friday, April 30, 2010
MESYUARAT PENGURUSAN KOR KADET POLIS PONTIAN KALI KE-2
Perkara-perkara yang dibincangkan ialah:
- Latihan musketri senjata M16 - Setiap sekolah dikehendaki mematuhi jadual latihan yang telah disediakan.
- Latihan menembak senjata M16 di Lapang Sasar IPK Melaka - Patuhi jadual yang telah ditetapkan. Pihak sekolah menguruskan sendiri hal-hal mengenai pengangkutan dan makan dan minum ahli Kadet Polis.
- Perkhemahan Kadet Polis Negeri Johor di Pusat Kokurikulum JPNJ di Tasik Utara, Johor Bahru - SMK Parit Betak (perempuan) dan SMK Sri Tanjung (Lelaki) akan mewakili Pontian ke perkhemahan tersebut.
- Perkhemahan pentaulihan pangkat sarjan dan koperal Kadet Polis Pontian di Hutan Rekreasi Sungai bantang, Segamat, Johor - Akan diadakan pada 5 Jun hingga 8 Jun 2010 di Hutan Rekreasi Sungai Bantang, bekok, Segamat, Johor. Setiap sekolah dikehendaki menghantar seramai 18 peserta.
- Lain-lain perkara - Pengagihan CD lagu-lagu PDRM dan Kadet Polis.
PERHIMPUNAN PERINGATAN HARI KOR KADET POLIS KE 40 DAERAH PONTIAN TAHUN 2010
Perhimpunan disempurnakan oleh DSP Muzamil bin Hashim, Timbalan Ketua Polis Daerah Pontian. Hadir bersama ialah En. Abdul Rahim Bin Lamin, Pegawai Pelajaran Daerah Pontian. Pengetua beberapa sekolah menengah juga hadir bersama-sama pegawai-pegawai polis dari IPD Pontian dan guru-guru Kor Kadet Polis daerah Pontian.Ketibaan En. Abdul Rahim Bin Lamin, Pegawai Pelajaran Daerah Pontian dan DSP Muzamil Bin Hashim, Timbalan Ketua Polis Daerah Pontian di sambut oleh ASP Kadet Polis Hasan Bin Kasmuri dan En. Ahmad Khairi Bin Paimin, Pengetua SMK Telok Kerang merangkap Pengerusi Panitia Kor Kadet Polis Daerah Pontian.
Perhimpunan yang disertai oleh 350 detachment ahli-ahli Kadet Polis dari sekolah-sekolah di daerah Pontian dimulakan dengan perbarisan masuk Kawalan Kehormatan. Kawalan Kehormatan yang terdiri seramai 36 ahli Kadet Polis SMK Telok Kerang masuk baris tepat pukul 3.10 petang. Kawalan Kehormatan di ketuai oleh Sarjan Norsaufi Bin Hamisan. Insp. Kadet Polis Shamsul Sazali Bin Salimin bertugas sebagai Pegawai Baris.
Aturcara Sambutan:
- 2.00 ptg: Ketibaan guru-guru dan ahli-ahli Kadet Polis.
- 2.45 ptg: Ahli Kadet Polis dan guru-guru mengambil tempat.
- 3.00 ptg: Ketibaan dif-dif jemputan.
- 3.15 ptg: Kawalan Kehormatan masuk baris.
- 3.30 ptg:
- Ketibaan En. Ab. Rahim Bin Lamin, Pegawai Pelajaran Daerah Pontian, seterusnya menerima tabik hormat Kawalan Kehormatan.
- Ketibaan DSP Muzamil Bin Hashim, Timbalan Ketua Polis Daerah Pontian, menerima tabik hormat dan seterusnya memeriksa barisan Kawalan Kehormatan.
- Nyanyian tiga buah lagu: Bangsa Johor, Lagu Negaraku dan Sang Saka Biru
- Bacaan doa
- Lafaz Ikrar Kadet Polis.
- Ucapan oleh En. Ab. Rahim Bin Lamin, Pegawai Pelajaran Daerah Pontian.
- Perutusan Ketua Polis Negara yang dibacakan oleh DSP Muzamil Bin Hashim, Timbalan Ketua Polis Daerah Pontian
- Penyampaian sijil-sijil.
- Penyampaian cenderahati.
- Nyanyian tiga buah lagu: Tegas, Adil dan Berhemah, Polis Sedia Berkhidmat dan Kadet Polis
- Bersurai





















