Dari Berita Harian, 22 April 2011
|
SEORANG anggota Kor Kadet Polis (KKP) yang menyertai Perbarisan Hari KKP Ke-41
di Astaka, Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur, semalam, diusung pegawai polis
selepas pengsan kerana tidak dapat menahan cuaca panas. Acara itu yang dirasmikan
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah adalah sebahagian daripada program
dianjurkan sempena Hari Polis Ke-204. Lebih 200 anggota KKP dari sekolah menengah
sekitar ibu negara menyertai acara itu. - Foto Aizuddin Saad
|
Komen kami: Salah satu kriteria pemilihan ahli kawalan kehormatan semasa perbarisan peringatan hari kor kadet polis ialah seseorang ahli kadet polis itu mestilah betul-betul sihat dari segi emosi, mental dan fizikal. Berdiri tegak dan diam selama lebih kurang 2 jam memerlukan seseorang itu mempunyai ketahanan fizikal yang kuat.
No comments:
Post a Comment