Mesyuarat pada kali ini lebih menumpukan kepada taklimat dan perbincangan mengenai Perkhemahan Pentauliahan Pangkat Sarjan dan Koperal. Perkhemahan tersebut telah diputuskan akan dijalankan di Hutan Lipur Sungai Bantang, Bekok, Segamat, Johor dari 6 Jun hingga 8 Jun 2010. Setiap sekolah akan menghantar seramai 18 orang peserta.
Antara perkara-perkara yang dibincangkan ialah:
- Setiap sekolah mesti menghantar nama peserta sebelum hari Isnin 31 Mei 2010 untuk tujuan perintah gerakan.
- Pengangkutan dan perjalanan ke tempat perkhemahan dan balik.
- Keselamatan sebelum, semasa dan selepas perkhemahan.
- Khemah peserta.
- Keperluan perkhemahan.
- Makan dan minum.
- Pakaian.
- Disiplin peserta.
- Aktiviti/pertandingan semasa perkhemahan.
- Perasmian perkhemahan.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.30 petang.
Penghargaan dan ucapan terima kasih kami ucapkan kepada Tuan Pengetua SMK Dato' Penggawa Barat atas kesudian memberi ruang dan tempat untuk kami bermesyuarat.
disamping C/Insp. Johari B Abdullah dan ASP/KP Hasan B Kasmuri.
No comments:
Post a Comment