Assalamu'alaikum dan salam sejahtera............Selamat datang ke blog Kadet Polis Pontian............Tegas, adil dan berhemah............Integriti amalan kita............25 Mac, Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-205...........Selamat Hari Polis............"Komuniti Sejahtera Komitmen Kami"

Monday, May 31, 2010

LATIHAN MENEMBAK SENJATA M16 (4)

Pada hari Ahad 30 Mei 2010 tiba giliran guru-guru dan ahli-ahli Kadet Polis dari SMK Parit Betak, SMK Benut dan MRSM Pontian menjalani latihan menembak senjata M16. Lokasinya sebagaimana biasa di Lapang Sasar PDRM IPK Melaka. Tahniah kami ucapkan kerana berjaya menamatkan latihan.

Berikut ialah aksi-aksi ahli-ahli Kadet Polis dari tiga buah sekolah itu semasa menjalani latihan menembak.










Thursday, May 27, 2010

MESYUARAT PENGURUSAN KOR KADET POLIS PONTIAN KALI KE-3

Hari ini Khamis 27 Mei 2010, pada pukul 2.30 petang guru-guru Kadet Polis hadir dalam mesyuarat pengurusan kali ke-3. Mesyuarat yang diadakan di Bilik Mesyuarat SMK Dato' Penggawa Barat turut dihadiri oleh Tuan Haji Sahadun Bin Kimin, GPK Kokurikulum SMK Dato' Penggawa Barat dan C/Insp. Johari Bin Abdullah, Pegawai Hal Ehwal Awam IPD Pontian.

Mesyuarat pada kali ini lebih menumpukan kepada taklimat dan perbincangan mengenai Perkhemahan Pentauliahan Pangkat Sarjan dan Koperal. Perkhemahan tersebut telah diputuskan akan dijalankan di Hutan Lipur Sungai Bantang, Bekok, Segamat, Johor dari 6 Jun hingga 8 Jun 2010. Setiap sekolah akan menghantar seramai 18 orang peserta.

Antara perkara-perkara yang dibincangkan ialah:
  1. Setiap sekolah mesti menghantar nama peserta sebelum hari Isnin 31 Mei 2010 untuk tujuan perintah gerakan.
  2. Pengangkutan dan perjalanan ke tempat perkhemahan dan balik.
  3. Keselamatan sebelum, semasa dan selepas perkhemahan.
  4. Khemah peserta.
  5. Keperluan perkhemahan.
  6. Makan dan minum.
  7. Pakaian.
  8. Disiplin peserta.
  9. Aktiviti/pertandingan semasa perkhemahan.
  10. Perasmian perkhemahan.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.30 petang.

Penghargaan dan ucapan terima kasih kami ucapkan kepada Tuan Pengetua SMK Dato' Penggawa Barat atas kesudian memberi ruang dan tempat untuk kami bermesyuarat.


Tuan Haji Sahadun B Kimin berucap dalam mesyuarat
disamping C/Insp. Johari B Abdullah dan ASP/KP Hasan B Kasmuri.

Guru-guru Kadet Polis laki-laki yang hadir dalam mesyuarat.


Barisan guru-guru Kadet Polis wanita.


Monday, May 24, 2010

LATIHAN MENEMBAK SENJATA M16 (3)

Pada hari Ahad 23 Mei 2010 adalah giliran SMK Telok Kerang dan SMK Sri Kukup untuk menjalani latihan menembak senjata M16 di Lapang Sasar PDRM IPK Melaka, Ayer Keroh.

Latihan yang diketuai oleh C/Insp. Johari B Abdullah, Pegawai Hal Ehwal Awam IPD Pontian dibantu pegawai-pegawai dan jurulatih persenjataan IPD Pontian. Latihan bermula pada pukul 10.00 pagi dan tamat pada pukul 3.00 petang.

SMK Telok Kerang menghantar seramai 29 orang ahli dan 7 orang guru Kadet Polis, manakala SMK Sri Kukup pula menghantar 79 orang ahli dan 10 orang guru Kadet Polis. Kesemuanya telah berjaya melakukan tembakan dengan baik.

Kami Mengucapkan tahniah kepada semua ahli dan guru-guru Kadet Polis yang berjaya manamatkan latihan itu. Tahniah juga diucapkan kepada penembak-penembak terbaik.
Terima kasih diucapkan kepada pegawai-pegawai dan jurulatih-jurulatih IPD Ppontian atas kesungguhan menunjuk ajar dan melatih kami menembak.


C/Insp. Johari B Abdullah menyambut kedatangan ahli Kadet Polis ke Lapang Ssasar PDRM IPK Melaka.
Tunjukcara mengendalikan M16 oleh jurulatih.
Jurulatih memberi tunjukajar.
Membidik ke sasaran.

ASP/K Hasan Kasmuri juga turut menjalani latihan bersama pegawai-pegawai kanan yang lain.

Mengetuk kelongsong peluru.
Mengutip kelongsong peluru.
Tenang.... Tarik nafas.....tembak!
Insp./K Hamisah dan Insp/K Noraizan bangga dengan pencapaian mereka.
Sasaran mesti tepat walaupun jauh...

Bersungguh nampaknya kadet ini...

Jurulatih sentiasa bersedia....

Tuan Johari memantau aktiviti latihan.

Tuan Johari meneliti hasil tembakan ahli-ahli kadet polis.

Pegawai-pegawai dan jurulatih sedang memerhatikan keadaan di lapang sasar.

Bermacam-macam gaya membidik sasaran....

Cekah jangan tak cekah...

Ahli-ahli kadet yang sedang menunggu giliran menembak.
Jurulatih dan pelatih.
Menembak sambil meniarap.
Guru-guru sedang menunggu giliran untuk menembak.
Menanti pengumuman penembak terbaik.
Tuan Johari B Abdullah mengumumkan penembak terbaik.
ASP/K Hasan B Kasmuri menyampaikan ucapan penghargaan kepada IPK Melaka dan IPD Pontian.

Saturday, May 22, 2010

LATIHAN MENEMBAK SENJATA M16 (1)

Pada hari Sabtu 15 Mei 2010 adalah giliran SMK Sri Perhentian, SMK Dato' Penggawa Barat dan SMK Ayer Baloi untuk menjalani latihan menembak senjata M16 di Lapang Sasar PDRM IPK Melaka, Ayer Keroh.






Friday, May 14, 2010

TERIMA KASIH CIKGU

Oleh ROHANI IBRAHIM
Utusan Malaysia 14 Mei 2010




Guru-guru yang mengajar di pedalaman menaiki bot penambang ketika berbelanja di bandar dan pulang dari bercuti ke sekolah masing-masing di pedalaman Hulu Tembeling, Jerantut baru-baru ini.


GURU merupakan golongan yang memainkan peranan penting dalam masyarakat sejak zaman memperjuangkan kemerdekaan. Selepas negara mencapai kemerdekaan, peranan guru kekal penting seiring dengan pembangunan negara sehinggalah ke hari ini. Pengiktirafan kepada golongan pendidik, dapat dilihat menerusi peruntukan besar untuk sektor pelajaran negara dalam bajet yang diumumkan pada setiap tahun.

Kerajaan sentiasa memberikan perhatian kepada kebajikan golongan guru seperti kenaikan gaji serta pangkat, isu mengajar di pedalaman dan yang terbaru penubuhan jawatankuasa untuk mengkaji beban tugas guru yang kini di peringkat akhir. Namun, suara warga pendidik yang tidak berpuas hati masih tetap kedengaran. Rasa tidak puas hati golongan ini dapat diketahui melalui surat yang dihantar kepada ruangan Forum Utusan Malaysia atau kenyataan yang dikeluarkan kesatuan guru. Rungutan yang sering dibangkitkan oleh golongan guru ini pernah juga ditegur oleh pihak lain supaya bersyukur dengan jawatan dan faedah yang diberikan.

Itu antara senario profesion perguruan negara, warga pendidik sering membangkitkan masalah sementara golongan ibu bapa mahukan anak-anak mereka menerima pendidikan berkualiti di sekolah.

Pada 16 Mei ini, negara menyambut Hari Guru bagi menghargai peranan golongan ini dalam pembangunan negara. Tema bagi sambutan Hari Guru pada tahun ini ialah 'Guru Pembina Negara Bangsa.

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada 16 Mei 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) menerima cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran negara. Dokumen yang dikenali sebagai Laporan Razak itu kemudiannya menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan. Sejak 16 Mei 1972, Hari Guru disambut di seluruh negara sebagai penghormatan dan pengiktirafan kepada profesion perguruan. Sambutan berkenaan juga bertujuan mengenang jasa dan pengorbanan para guru dalam mendidik anak-anak untuk menjadi insan yang berjasa kepada bangsa dan negara.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tugas dan tanggungjawab sebagai seorang guru merupakan satu tugas yang mulia.

''Saya mengucapkan 'Terima Kasih Cikgu' di atas segala usaha dan kesungguhan yang telah diberikan dalam melaksanakan tanggungjawab dan memikul amanah rakyat. Saya amat memahami bahawa tugas mendidik merupakan satu tugas yang berat dan mencabar. Jasa dan pengorbanan para guru akan terpahat dalam ingatan dan akan tetap dikenang sepanjang hayat," katanya dalam perutusan Hari Guru 2010 yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran baru-baru ini.

Jelas Muhyiddin, warga pendidik tidak harus berpuas hati dengan apa yang telah dicapai tetapi perlu meningkatkan usaha untuk melonjakkan sistem pendidikan negara supaya setanding dengan negara maju dan bertaraf dunia.

''Guru-guru perlu memberikan komitmen yang tinggi dalam memastikan kejayaan murid. Selain bertanggungjawab mengajar dan mendidik, guru turut berada di saf hadapan untuk menyemai dan memupuk perpaduan, semangat patriotisme, menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran serta membentuk akhlak dan jatidiri murid," katanya.

Tambah beliau, guru-guru perlu berupaya mewujudkan ciri-ciri pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dan inovatif supaya budaya inovasi dan kreativiti dapat dipupuk dalam diri murid-murid.

''Guru-guru perlu sentiasa meningkatkan ilmu dan kemahiran yang diperlukan sebagai seorang guru untuk membolehkan mereka memberikan perkhidmatan yang bermutu setiap masa. Ingatlah bahawa peranan kita sentiasa dinilai oleh masyarakat. Guru juga perlu memelihara akhlak dan budi pekerti supaya terus dihormati dan menjadi model kepada masyarakat. Kerajaan akan terus memartabatkan profesion keguruan melalui Pelan Penambahbaikan Sekolah dan insentif di bawah Sistem Tawaran Baru kepada kepimpinan sekolah dan guru-guru," jelas Muhyiddin.

Sementara Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom pula menyarankan supaya, golongan pendidik melakukan muhasabah diri sempena sambutan Hari Guru yang ke-39 pada tahun ini.

''Saya berharap warga pendidik dapat melihat kembali sumbangan yang diberikan kepada negara dan mengukuhkan azam untuk meningkatkan prestasi. Semangat ini perlu dimiliki oleh para guru supaya pendidikan negara mampu menjadi lebih cemerlang dalam memacu Malaysia menjadi sebuah negara maju," katanya.

Alimuddin berkata demikian dalam sidang akhbar mengenai Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2010 di Kementerian Pelajaran, Putrajaya baru-baru ini. Jelas beliau, sumbangan para guru pada hari ini adalah sangat bermakna kepada pembangunan negara tidak kiralah di mana seseorang guru itu bertugas sama ada di sekolah-sekolah bandar mahupun di kawasan pedalaman.

''Guru diperlukan di mana-mana tidak kira di pedalaman atau luar bandar. Ini kerana pendidikan adalah untuk semua pelajar di seluruh negara. Walau di mana pun seorang guru itu bertugas mereka perlu memberikan khidmat pendidikan yang berkualiti dan yang terbaik kepada pelajarnya," katanya.

Semoga sambutan Hari Guru pada tahun ini mampu menyuntik semangat kepada warga pendidik untuk lebih komited dalam melahirkan modal insan cemerlang dan menyemai sifat positif kepada bakal pemimpin negara tanpa mengira tempat dan cabaran yang perlu diharungi.

Monday, May 10, 2010

PERTANDINGAN KAWAD KAKI KADET POLIS PERINGKAT NEGERI JOHOR

Hari ini Isnin 10 Mei 2010 bertempat di Pusat Kokurikulum JPNJ Tasik Utara, diadakan pertandingan kawad kaki Kadet Polis peringkat negeri Johor. Semua wakil IPD seluruh negeri Johor menyertai pertandingan tersebut. Dua kategori dipertandingkan iaitu kategori lelaki dan kategori perempuan.

IPD Pontian diwakili oleh SMK Sri Tanjung (lelaki) dan SMK Parit Betak (perempuan). Pasukan ini diiringi oleh pegawai-pegawai IPD Pontian dan guru-guru kadet Polis Pontian.

Semua pasukan yang bertanding membuat persembahan kawad kaki yang hebat dan mantap. Pertandingan tamat pada pukul 3.30 petang. Adat bertanding mesti ada pemenangnya. Berikut adalah pemenang pertandingan tersebut:

Kategori Laki-laki

  1. IPD Johor Bahru Selatan
  2. IPD Muar
  3. IPD Batu Pahat

Kategori Perempuan

  1. IPD Johor Bahru Selatan
  2. IPD Segamat
  3. IPD Mersing

Tahniah diucapkan kepada pasukan yang berjaya mewakili negeri Johor ke pertandingan peringkat kebangsaan iaitu wakil IPD Johor Bahru Selatan.

Di sini kami mengucapkan syabas ke pada kedua-dua pasukan wakil Pontian yang memberi saingan sengit dalam pertandingan tersebut.


Guru-guru pengiring dan pegawai IPD Pontian.

Kadet Polis laki-laki SMK Sri Tanjung.
Kadet Polis perempuan SMK Parit Betak.
Memanaskan badan di kaki bukit....


Jurulatih memberi amanat terakhir sebelum berjuang di gelanggang.


Kata-kata semangat diucap oleh ketua platun sebelum berjuang.


Ketua platun Kadet Polis SMK Parit Betak melapor kepada hakim.


Apalah agaknya yang dilapor oleh ketua platun SMK Sri Tanjung kepada hakim.

Foto-foto yang berikut adalah aksi-aksi oleh wakil IPD lain dalam pertandingan tersebut.