Assalamu'alaikum dan salam sejahtera............Selamat datang ke blog Kadet Polis Pontian............Tegas, adil dan berhemah............Integriti amalan kita............25 Mac, Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-205...........Selamat Hari Polis............"Komuniti Sejahtera Komitmen Kami"

Friday, April 30, 2010

MESYUARAT PENGURUSAN KOR KADET POLIS PONTIAN KALI KE-2

Pada hari Khamis 29 April 2010 diadakan mesyuarat pengurusan Kor Kadet Polis kali ke-2 bertempat di Kamar Kencana, SMK Telok Kerang. Mesyuarat yang bermula pada pukul 2.30 petang, ditangguhkan pada pukul 4.30 petang. Mesyuarat dipengerusikan oleh ASP/KP Hasan Bin Kasmuri.

Perkara-perkara yang dibincangkan ialah:

  1. Latihan musketri senjata M16 - Setiap sekolah dikehendaki mematuhi jadual latihan yang telah disediakan.
  2. Latihan menembak senjata M16 di Lapang Sasar IPK Melaka - Patuhi jadual yang telah ditetapkan. Pihak sekolah menguruskan sendiri hal-hal mengenai pengangkutan dan makan dan minum ahli Kadet Polis.
  3. Perkhemahan Kadet Polis Negeri Johor di Pusat Kokurikulum JPNJ di Tasik Utara, Johor Bahru - SMK Parit Betak (perempuan) dan SMK Sri Tanjung (Lelaki) akan mewakili Pontian ke perkhemahan tersebut.
  4. Perkhemahan pentaulihan pangkat sarjan dan koperal Kadet Polis Pontian di Hutan Rekreasi Sungai bantang, Segamat, Johor - Akan diadakan pada 5 Jun hingga 8 Jun 2010 di Hutan Rekreasi Sungai Bantang, bekok, Segamat, Johor. Setiap sekolah dikehendaki menghantar seramai 18 peserta.
  5. Lain-lain perkara - Pengagihan CD lagu-lagu PDRM dan Kadet Polis.

PERHIMPUNAN PERINGATAN HARI KOR KADET POLIS KE 40 DAERAH PONTIAN TAHUN 2010

Pada hari Rabu 7 April 2010 di adakan Perhimpunan Peringatan Hari Kor Kadet Polis Ke-40 Daerah Pontian Tahun 2010. Bertempat di Dataran Nilam, SMK Telok Kerang, sambutan tersebut dimulakan pada pukul 3.00 petang dan tamat pada pukul 5.00 petang.

Perhimpunan disempurnakan oleh DSP Muzamil bin Hashim, Timbalan Ketua Polis Daerah Pontian. Hadir bersama ialah En. Abdul Rahim Bin Lamin, Pegawai Pelajaran Daerah Pontian. Pengetua beberapa sekolah menengah juga hadir bersama-sama pegawai-pegawai polis dari IPD Pontian dan guru-guru Kor Kadet Polis daerah Pontian.Ketibaan En. Abdul Rahim Bin Lamin, Pegawai Pelajaran Daerah Pontian dan DSP Muzamil Bin Hashim, Timbalan Ketua Polis Daerah Pontian di sambut oleh ASP Kadet Polis Hasan Bin Kasmuri dan En. Ahmad Khairi Bin Paimin, Pengetua SMK Telok Kerang merangkap Pengerusi Panitia Kor Kadet Polis Daerah Pontian.

Perhimpunan yang disertai oleh 350 detachment ahli-ahli Kadet Polis dari sekolah-sekolah di daerah Pontian dimulakan dengan perbarisan masuk Kawalan Kehormatan. Kawalan Kehormatan yang terdiri seramai 36 ahli Kadet Polis SMK Telok Kerang masuk baris tepat pukul 3.10 petang. Kawalan Kehormatan di ketuai oleh Sarjan Norsaufi Bin Hamisan. Insp. Kadet Polis Shamsul Sazali Bin Salimin bertugas sebagai Pegawai Baris.

Aturcara Sambutan:
  • 2.00 ptg: Ketibaan guru-guru dan ahli-ahli Kadet Polis.
  • 2.45 ptg: Ahli Kadet Polis dan guru-guru mengambil tempat.
  • 3.00 ptg: Ketibaan dif-dif jemputan.
  • 3.15 ptg: Kawalan Kehormatan masuk baris.
  • 3.30 ptg:
  • Ketibaan En. Ab. Rahim Bin Lamin, Pegawai Pelajaran Daerah Pontian, seterusnya menerima tabik hormat Kawalan Kehormatan.
  • Ketibaan DSP Muzamil Bin Hashim, Timbalan Ketua Polis Daerah Pontian, menerima tabik hormat dan seterusnya memeriksa barisan Kawalan Kehormatan.
  • Nyanyian tiga buah lagu: Bangsa Johor, Lagu Negaraku dan Sang Saka Biru
  • Bacaan doa
  • Lafaz Ikrar Kadet Polis.
  • Ucapan oleh En. Ab. Rahim Bin Lamin, Pegawai Pelajaran Daerah Pontian.
  • Perutusan Ketua Polis Negara yang dibacakan oleh DSP Muzamil Bin Hashim, Timbalan Ketua Polis Daerah Pontian
  • Penyampaian sijil-sijil.
  • Penyampaian cenderahati.
  • Nyanyian tiga buah lagu: Tegas, Adil dan Berhemah, Polis Sedia Berkhidmat dan Kadet Polis
  • Bersurai